Sunday 27 May 2018

*Ahad 27 Mei 2018* *11 Ramadhan 1439* *Kuliah Subuh* *Surau An Najah TUJP*

*Ahad 27 Mei 2018*
*11 Ramadhan 1439*
*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Hamidi FKP USIM*
*Takwa Kepada Allah*

Al Baqarah 2: 183

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, *supaya kamu bertaqwa*
-Sura Al-Baqarah, Ayah 183

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
= *supaya / moga-moga kamu beroleh taqwa*

10 tempat "takwa" sebelum ayat 183 ini

Al Baqarah 2: 180, 179, 177, 66, 62, 48, 41, 24, 21, 2

258 kali "takwa" dalam Al Quran
182 = fiil madhi
bakinya = fiil ismi

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
= *supaya / moga-moga kamu beroleh taqwa*
= moga-moga kamu bertakwa
= dari Allah
= berpuasa kerana Allah

Takwa = isi / intipati kepada ibadah  / puasa

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
-Sura Al-Baqarah, Ayah 2

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 3

Amalan yang disukai Allah adalah yang berterusan = istiqamah

"Barang siapa perkataan dusta & perbuatan dusta, maka Allah tidak berhajat kepada puasanya"

Banyaknya nama Ramadhan gambarkan banyaknya kelebihan Ramadhan

"Takwa itu di hati"

*Lailatulqadar*

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
-Sura Al-Qadr, Ayah 2

= Soalan ini untuk menarik perhatian / penghayatan hamba

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
-Sura Al-Qadr, Ayah 3

*Khaul / pendapat Imam Ghazali tentang lailatulqadar*

Mula puasa, lailatulqadar
Rabu, 29
Isnin, 21
Selasa / Jumaat, 27
Khamis, 25
Sabtu, 23

Persiapkan taqwa dalam mengharungi puasa & lailatulqadar

"3 golongan yang tidak terangkat solatnya melainkan hanya sejengkal daripada kepalanya iaitu:
1. Imam yang jemaah benci kepadanya
2. Isteri yang tidur lena, tetapi suaminya tidak redha padanya
3. Saudara / sahabat / kawan tetapi saling berbalah"
HR Tarmizi

Taqwa diulang-ulang dalam Al Quran agar kita memperolehinya

Moga kita selamat dari belenggu api nereka, dikurniakan takwa, lailatulqadar, redha & syurganya insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat