Tuesday 29 May 2018

*Kuliah Subuh* *Selasa 29 Mei 2018* *13 Ramadhan 1439* *Surau An Najah TUJP*

*Kuliah Subuh*
*Selasa 29 Mei 2018*
*13 Ramadhan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*

Jaga hubungan dengan Allah & jaga hubungan dengan manusia

Fastabikul khairat = berlumba-lumba lakukan kebaikan

*Kisah Nabi Musa Dengan Firaun*

قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا ۖ فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأُخْرَىٰ كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُمْ مِثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ ۚ وَاللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ
Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 13

*Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)*

Manusia terpedaya dengan:
1. harta
2. keturunan
3. pangkat
4. ilmu

Kaedah = selagi seseorang itu bukan Rasul tetap dia boleh / akan melakukan kesalahan = Seseorang itu boleh kita setuju / tolak, melainkan Al Quran & Hadis

*Taha 51-55*

قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَىٰ
Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?"
-Sura Ta-Ha, Ayah 51

قَالَ عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي فِي كِتَابٍ ۖ لَا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنْسَى
Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa".
-Sura Ta-Ha, Ayah 52

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ مَهْدًا وَسَلَكَ لَكُمْ فِيهَا سُبُلًا وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِنْ نَبَاتٍ شَتَّىٰ
(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang; dan Ia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.
-Sura Ta-Ha, Ayah 53

كُلُوا وَارْعَوْا أَنْعَامَكُمْ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِأُولِي النُّهَىٰ
Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan binatang-binatang ternak kamu; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan Allah, bagi orang-orang yang berakal fikiran.
-Sura Ta-Ha, Ayah 54

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ
Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.
-Sura Ta-Ha, Ayah 55

3 kaedah baca Al Quran:
1. Tadabbur = baca & faham
2. Tafakkuh = fikir / aplikasi dalam kehidupan
3. Tazakkur = zikir / tanya diri / ingat kepada Allah

*Jangan bangga dengan amalan kita*

bumi bagi kamu sebagai hamparan = lapang, luas

*Ingat Allah dengan lakukan ketaatan = fikir / cakap / buat*

Hati kita asalnya bersih, kita yang isinya dengan kebersihan / kekotoran

إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
-Sura An-Naba', Ayah 40

*hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya*

Dari bumilah Kami ciptakan kamu = Allah cipta kita

Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.
-Sura Ta-Ha, Ayah 55

*Saat seseorang hamba dekat dengan Allah adalah ketika sujudnya*

Sujud di bumi, yang kita akan masuk ke dalamnya (meninggal) & yang dengar & kabulkan permintaan kita adalah Allah

Moga kita dapat manfaat daripada tazkirah ini. Manfaatkan nikmat kesihatan & kelapangan masa kita dengan lakukan kebaikan. Fastabikul khairat = sama-sama kita berlumba lakukan kebaikan











No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat