Tuesday 29 May 2018

*Tazkirah Ramadan* *Selasa 29 Mei 2018* *13 Ramadan 1439* *Surau An Najah TUJP*

*Tazkirah Ramadan*
*Selasa 29 Mei 2018*
*13 Ramadan 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Saudara Salehuddin*

Alhamdulillah atas nikmat kesihatan, masa lapang, iman, kita dapat bersama lagi pada malam 14 Ramadan ini

Terawih = rehat-rehat

"Satu riwayat, 2 orang pemuda datang jumpa Rasulullah SAW & peluk Islam. Seorang syahid di medan perang, seorang lagi meninggal dirumahnya setahun kemudian

Talhah bin Ubaidullah mimpi pemuda kedua masuk syurga lebih dahulu daripada pemuda pertama yang mati syahid

Jawab Rasulullah, pemuda kedua meninggal setahun lebih lewat, bukankah dia lebih 1 kali Ramadan, lebih solat, lebih sujud, lebih ibadah berbanding pemuda pertama"

Ramadan ini terlalu banyak rahmat & nikmat daripada Allah

Sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah, mungkin ini Ramadan terakhir kita, mungkin Ramadan ini asbab dosa kita diampunkan, mungkin Ramadan ini asbab kita dapat redha Allah & dimasukkan dalam syurgaNya

************
Moga kita dapat khatam sekurang-kurangnya 1 kali bacaan Al Quran Ramadan ini.

Formula cari muka surat Al Quran ikut juzuk

Juzuk - 1 * 2 = jawapan tambah 2 dibelakang. Contoh juzuk 11 & 21

11-1 * 2 = muka surat 202 juzuk 11
21-1 * 2 = muka surat 402 juzuk 21




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat