Saturday 13 October 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 13 October 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad* *40 Hadis Penawar Hati*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 13 October 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Penawar Hati*

Syukur kepada Allah kerana kita dapat bersama-sama laksanakan solat maghrib secara berjamaah

Hadis 42 *Jangan Berputus Asa*

Sambungan kepada
Hadis 40 *Rahmat Yang Luas & Pengampunan Yang Berkekalan* &

Hadis 41 *Pintu Taubat Masih Terbuka*

selagimana hamba Allah itu mohon pengampunan Allah & selagi nyawa belum sampai ke halkum / sebelum matahari terbit dari sebelah barat = bila? Wallahua'lam = hanya Allah Yang Maha Tahu

Bila kiamat? = Ramai orang fikir lambat lagi = Kiamat itu akan berlaku tanpa orang fikir ia akan berlaku di zamannya / ketika orang sedang lalai / berjual beli

Seorang Badwi tanya kepada Rasulullah, bila kiamat akan berlaku?

Nabi tanya balik "Apa persiapan kamu?"

Jawab Badwi "Aku cinta kepadamu ya Rasulullah"

Jawab Rasulullah "kamu akan bersama dengan orang yang kamu cinta"

Bagaimana cara nak cintai Rasulullah? = kenal Rasulullah, amalkan sunnah /ajaran baginda, jauhi tegahannya

*****

Hadis 42 *Jangan Berputus Asa*
Hadis Hasan HRTirmizi

Daripada Anas RA

(Tidak pernah sekalipun Nabi SAW kata "tidak" kepada orang yang datang meminta kepadanya = orang datang minta, pasti Nabi akan bagi)

Rasulullah SAW bersabda (dalam hadis qudis), Allah berfirman

"Wahai anak Adam, *selagi mana engkau masih berdoa dan berharap kepadaku*, *Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu* dan aku tidak peduli (walau banyak mana dosa itu)

Wahai anak Adam, jika seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang ada di langit, kemudian kamu mengharapkan keampunan daripadaKu, *nescaya Aku beri keampunan kepadamu*

Wahai anak Adam, sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku, padahal *engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan sepenuh bumi pula pengampunan*"

= Maha Baik & Maha Pengampunnya Allah SWT kepada hambaNya, selagi mana kita terus berdoa dan berharap kepada Allah

Jangan pernah kita berputus asa dengan Allah. Jika terbuat dosa dan maksiat, cepat-cepat mohon ampun dan doa kepada Allah

Dengan syarat *jangan pernah menyirikkan Allah* = mesti bertauhid kepada Allah = beriman / percaya kepada Allah

Apa maksud beriman kepada Allah? = mesti kita yakin dengan sebenar-benar yakin dan beriman dengan 4 perkara ini:

1. Allah itu wujud / ada

2. Allah sahaja yang mencipta, memiliki, mengatur & menjaga sekelian / seluruh alam ini = tidak perlu kepada pertolongan sesiapa

3. Hanya Allah yang layak dan berhak disembah dengan sebenar-benarnya = selain Allah adalah batil = tiada sesuatu kuasa selain Allah

4. Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang selayaknya bagi Allah dan Allah tidak bersifat dengan sebarang sifat kekurangan / mustahil bagi Allah dengan sifat kekurangan

Sekurang-kurang mesti beriman dengan 4 perkara ini untuk beriman kepada Allah & untuk elak daripada syirik kepada Allah

Allah boleh ampun segala dosa tanpa taubat dengan izinNya, tetapi tidak bagu syirik. Syirik mesti mohon ampun & bertaubat kepada Allah

Kesimpulan:

1. Jangan putus asa dari rahmat & ampunan Allah walaupun dosa sebesar & sebanyak mana, kerana pengampunan Allah melebihi kemurkaanNya

Moga Allah bagi kita kelembutan hati untuk sentiasa bertaubat dan kembali kepadaNya & insyaAllah kita sambung dengan *Kitab 40 Hadis Akhlak Mulia* untuk kuliah akan datang

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat