Saturday 6 October 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 6 October 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 6 October 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Pengajaran Daripada Kisah Dalam Al Quran*

Alhamdulillah, syukur Allah masih bagi kita peluang untuk buat kebaikan; *berlumba-lumba buat kebaikan*
فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

2 nikmat yang sering dipersiakan:
nikmat kesihatan &
nikmat kelapangan masa

Moga kita dapat menggunakan kedua nikmat ini bagi memperbanyakkan bekal bagi bertemu Allah SWT

Sambungan

As Syuara, ayat 34, 35, 36

قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ
Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 34

يُرِيدُ أَنْ يُخْرِجَكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ بِسِحْرِهِ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ
"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 35

Al A'raf 96
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
-Sura Al-A'raf, Ayah 96

Bertakwa = lakukan suruhan Allah & tinggalkan laranganNya

Berkat = Baraqah = kebahagiaan dan kesejahteraan

2 asas kehidupan:

1. Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia, semua ada manfaat dan faedahnya

2. Allah tidak menzalimi seseorang hamba / sesuatu kaum / tidak menguji sesuatu kaum melainkan yang mampu ditanggung

3. Mudah-mudahan kita sentiasa kembali kepada Allah / dekat dengan Allah SWT


قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ
Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 36


Ghaib = perkara yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera

Bab akidah, 2 perkara yang perlu diberi perhatian:
1. Setiap yang boleh dicapai oleh pancaindera, kita tidak boleh nafikan kewujudannya
2. Setiap yang tidak boleh dicapai oleh pancaindera, belum tentu tidak wujud

Qanaah = merasa cukup / berpada dengan apa yang ada / tidak haloba dengan dunia


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 28

Hebatnya orang mukmin; bersyukur apabila dikurniakan nikmat, bersabar apabila dikurniakan ujian = kedua-dua keadaan ditempuhinua dengan tenang

Moga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk menuntut ilmu insyaAllah

Sambungan As Syuara, ayat 37

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat