Sunday 14 October 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 14 October 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin* *Kisah Pengajaran Dalam Al Quran*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 14 October 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Kisah Pengajaran Dalam Al Quran*

"Ya Allah, jelaskan kepada kami sesuatu yang benar dan berikan kami kekuatan untuk mengamalkannya. Ya Allah, jelaskan kepada kami sesuatu yang batil dan berikan kami kekuatan untuk menjauhinya"

Syukur Allah masih bagi kita peluang untuk rebut peluang-peluang untuk lakukan kebaikan dan ibadah kepadaNya sebagai bekalan untuk kehidupan di sana

"Jika kamu syukuri nikmatKu, nescaya akan Aku tambah nikmatnya" = untuk manfaat kita, bukan untuk manfaat Allah

قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. *Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah"*.
-Sura An-Naml, Ayah 40

"Wahai hambaKu (manusia & jin), jika kamu semua bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepadaKu, sedikitpun tidak menambah kerajaan & kekuasaanKu. Sebaliknya jika kamu semua kufur sejahat-jahatnya, semua itu tidak mengurangkan sedikitpun kerajaan & kekuasaanKu"

"2 nikmat yang manusia selalu terpedaya dengannya iaitu kelapangan masa & kesihatan tubuh badan". Pasti akan di tanya di akhirat kelak di mana digunakan

*Kisah Nabi Musa dan Firaun*

Mukjizat Nabi Musa bersesuaian dengan zamannya = zamannya mashyur dengan sihir, antara mukjizat Nabi Musa adalah tongkatnya boleh menjadi ular

2 sifat Firaun yang menolak kebenaran; zalim & takabbur / angkuh

"Ya Allah jangan jadikan dunia kami cita-cita yang utama" = dunia ini keperluan / jambatan untuk akhirat = "Ya Allah cukupkan kami dengan rezeki yang halal"

Sedekah yang luas
= "Ya Rasulullah, orang kaya dapat kebaikan yang banyak; mereka solat seperti kami solat & mereka boleh bersedekah dengan lebihan harta mereka.

Mahukah aku (Nabi SAW) ajarkan kepada kamu sedekah yang berterusan;
1. Kata-kata yang baik itu sedekah
2. Hindari halangan di jalanan itu sedekah
3. Pada alat kelamin kamu juga itu ada sedekah

Tanya sahabat "mendatangi isteri juga sedekah?"

Jawab Nabi SAW "apa pandangan kamu jika seseorang mendatangi selain isterinya" = mendatangi isteri sedekah = berpahala. Mendatangi selain isteri = dosa & maksiat

Sambungan Kisah Nabi Musa dan Firaun
Al Araf: 113, 114

وَجَاءَ السَّحَرَةُ فِرْعَوْنَ قَالُوا إِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِنْ كُنَّا نَحْنُ الْغَالِبِينَ
Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: "Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?"
-Sura Al-A'raf, Ayah 113

قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ لَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)".
-Sura Al-A'raf, Ayah 114

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu:
1. *perempuan-perempuan* dan
2. *anak-pinak*;
3. *harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak*;
4. *kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih*; dan
5. *binatang-binatang ternak* serta
6. *kebun-kebun tanaman*. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. *Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)*.
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 14

قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang *lebih baik daripada semuanya itu*? *Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka:
1. *beberapa Syurga*,
2. *yang mengalir di bawahnya sungai-sungai*,
3. *mereka kekal di dalamnya*.
4. *Disediakan juga pasangan-pasangan / isteri-isteri yang suci bersih*, serta
5. *(beroleh pula) keredaan dari Allah*". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 15

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
*Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia*; dan *amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan*.
-Sura Al-Kahf, Ayah 46

Sambungan Kisah Nabi Musa dan Firaun:
Taha 57-59

قَالَ أَجِئْتَنَا لِتُخْرِجَنَا مِنْ أَرْضِنَا بِسِحْرِكَ يَا مُوسَىٰ
Firaun berkata: "Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?
-Sura Ta-Ha, Ayah 57

فَلَنَأْتِيَنَّكَ بِسِحْرٍ مِثْلِهِ فَاجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ مَوْعِدًا لَا نُخْلِفُهُ نَحْنُ وَلَا أَنْتَ مَكَانًا سُوًى
"Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak".
-Sura Ta-Ha, Ayah 58

قَالَ مَوْعِدُكُمْ يَوْمُ الزِّينَةِ وَأَنْ يُحْشَرَ النَّاسُ ضُحًى
Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha".
-Sura Ta-Ha, Ayah 59

As Syuara 38-40

فَجُمِعَ السَّحَرَةُ لِمِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُومٍ
Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 38

وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلْ أَنْتُمْ مُجْتَمِعُونَ
Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 39

لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ السَّحَرَةَ إِنْ كَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ
"Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 40

Kesimpulan:
1. Manusia mudah lupa kepada Allah apabila diberikan sedikit kelebihan; kekuasaan, kekayaan, pengikut
2. Isikan kehidupan kita dengan sesuatu yang menguntungkan kehidupan di akhirat

7.20am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat