Saturday 3 November 2018

*Kuliah Subuh* *Sabtu 3 November 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Zulfirdaus*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 3 November 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Zulfirdaus*
*Tajuk: Adab & Doa Dalam Menuntut Ilmu*

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas nikmat dapat solat subuh secara berjamaah & dapat duduk dalam majlis-majlis ilmu

"Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan perjalanannya menuju ke syurga"

Semuanya atas nikmat & kurniaan Allah

"Hiasilah hartamu dengan mengeluarkan zakat & ubatilah penyakitmu dengan mengeluarkan zakat"

*Adab & Doa Dalam Menuntut Ilmu*
karangan Sheikh Muhammad Fuad
Negeri Sembilan

"Jadikan ilmumu seperti garam, adatmu seperti tepung" = untuk buat roti, tepung banyak, garam sedikit / secukup rasa = adat banyak tinggi, ilmu sedikit / secukup rasa

*Muqaddimah*

1. Bismillahirrahmanirrahim

Dimulakan dengan bismillah

"Barangsiapa mulakan amalan tanpa Bismillah, maka terputus amalnya"

2. Alhamdulillahirrabbilalamin
= Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam

Rabiul awal = banyak di baca kitab Syamaail Muhammadiah / kitab2 maulid / sirah2 Nabi

3. Formula asal = semakin banyak ilmu, semakin tinggi akhlak, tetapi sekarang adakah begitu?

4. Ulama terdahulu tekun dalam menuntut ilmu & sangat tinggi akhlak & adabnya = baraqah = kitab / karangannya lestari / digunakan hingga ke hari ini

5. Orang yang paling dekat dengan darjat kenabian ada 2 iaitu ahli ilmu & ahli jihad. Ahli ilmu melahirkan ahli ilmu lain & juga melahirkan ahli jihad

Semoga kita menjadi ahli-ahli ilmu; penuntut & juga pengajar ilmu & juga orang yang tinggi adabnya

Tinggi adab, insyaAllah tinggi akhlak & hikmahnya

Amalan praktikal yang boleh dilakukan:
susun kasut, cuci tandas, hormati &  utamakan guru

Tinggikan adab dalam menuntut ilmu

6.55am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat