Saturday 17 November 2018

Kuliah Subuh* *Surau An Najah TUJP* *Sabtu 17 November 2018* *Ustaz Dr Zulfirdaus* *Adab & Doa Penuntut Ilmu*

*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*Sabtu 17 November 2018*
*Ustaz Dr Zulfirdaus*
*Adab & Doa Penuntut Ilmu*

Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaan Allah kepada kita

Kita dah masuk bulan Rabiul Awal = bulan penuh keberkatan & cahaya kerana bulan lahirnya baginda Nabi SAW

*Bab 1 Kepentingan Adab Dalam Menuntut Ilmu*

"Tuhanku telah mengajarkanku adab"

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak"

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyampaikan akhlak yang soleh"

Datangnya Nabi SAW untuk betulkan:
1. Akidah
2. Ibadah
3. Munakahat = perkahwinan & kekeluargaan
4. Muamalat = jual beli & perhubungan manusia
5. Jinayah = hukuman
6. Akhlak

Jadilah kamu anak siapapun, tapi beradablah = sesiapapun kita, asalkan beradab, insyaAllah akan dipandang mulia di sisi Allah

Adab walaupun sedikit lebih diperlukan daripada ilmu walaupun banyak tapi tiada adab

Sesiapa meremehkan adab, dia meremehkan sunnah

Semakin tinggi ilmu seseorang sepatutnya semakin tinggi akhlak, adab dan semakin tawaduk seseorang

Sesiapa yang mengingati Allah, hatinya akan tenang

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 28

Meninggalkan adab menyebabkan seseorang akan terusir = akan dipandang rendah

Wahai anakku, aku lebih suka kamu pelajari 1 adab, daripada 70 cabang ilmu, kerana 1 adab itu akan lebih memuliakan kamu

Guru jika ada 3 perkara, akan beri kelebihan / kesempurnaan kepada murid / masyarakat:
1. Kesabaran
2. Tawaduk
3. Akhlak yang baik

Murid jika ada 3, akan memberi kelebihan kepada guru / memudahkannya belajar:
1. Akal
2. Adab
3. Kefahaman yang tinggi / cepat faham

Ilmu itu perlu dipelajari

Apabila ulama datang, pergi belajar / ziarah, untuk ambil berkat dan manfaat daripadanya

Pandang wajah = ibadah:
1. Ibu
2. Kaabah
3. Al Quran
4. Ulama

Adab yang baik membuka pengenalan kepada Allah SWT = pentingnya adab dalam menuntut ilmu

Beradablah walau apapun jawatan kita dalam masyarakat, insyaAllah kita akan dipandang mulia di sisi Allah insyaAllah

7am ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat