Thursday 12 September 2019

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 170)* *8 Aug 2019 9.40pm*


*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 170)*
*8 Aug 2019 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*
Sambungan
Al Baqarah 2: 94
قُلۡ إِن كَانَتۡ لَكُمُ ٱلدَّارُ ٱلۡأٓخِرَةُ عِندَ ٱللَّهِ خَالِصَةٗ مِّن دُونِ ٱلنَّاسِ فَتَمَنَّوُاْ ٱلۡمَوۡتَ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar".
-Sura Al-Baqarah, Ayah 94
*TAJWID*
Ghunnahtun zaidah = nun sakinah = dengung panjang sedikit pada 8 tempat
1. إِن
2. عِندَ
3. خَالِصَةٗ
4. مِّن
5. ٱلنَّاسِ
6. فَتَمَنَّوُاْ
7. إِن
8. كُنتُمۡ
صَٰدِقِينَ = dengung pendek
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
قُلۡ = katakanlah
إِن = jika
كَانَتۡ = telah adalah (ia)
(ia) = negeri akhirat = syurga
لَكُمُ = لَ + كُمُ = bagi / untuk kamu
ٱلدَّارُ = negeri
ٱلۡأٓخِرَةُ = akhirat
= الجنة = syurga
عِندَ = di sisi
ٱللَّهِ = Allah
خَالِصَةٗ = tertentu / telah ditentukan
مِّن = daripada
دُونِ = selain
ٱلنَّاسِ = manusia (orang ramai)
فَ = maka
تَمَنَّوُاْ = berangan-anganlah kamu
ٱلۡمَوۡتَ = mati
إِن = jika / sekiranya
كُنتُمۡ = كُان +  أنتُمۡ = telah adalah kamu
= (masa lalu & sekarang)
= pembohongan mereka dari masa lalu hingga sekarang
صَٰدِقِينَ = orang-orang yang berkata benar
3 mufradar baru
Pembohongan Bani Israel
= 2: 80
وَقَالُواْ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامٗا مَّعۡدُودَةٗۚ قُلۡ أَتَّخَذۡتُمۡ عِندَ ٱللَّهِ عَهۡدٗا فَلَن يُخۡلِفَ ٱللَّهُ عَهۡدَهُۥٓۖ أَمۡ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
-Sura Al-Baqarah, Ayah 80
2 syarat untuk masuk syurga:
1. Beriman &
2. Beramal soleh
= 2:62
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 62
******
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.12pm
Buku You Are The Best bab 35 ms 202
Penyakit = proses penyembuhan / proses pembersihan
Tanda qalbun bersih = dalam hatinya ada Al Quran
Sajadah: azab
فَذُوقُواْ بِمَا نَسِيتُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَٰذَآ إِنَّا نَسِينَٰكُمۡۖ وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡخُلۡدِ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
-Sura As-Sajdah, Ayah 14
Al Baqarah: beriman
وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
-Sura Al-Baqarah, Ayah 4
Penyakit qalbun = apabila dalam qalbun tiada Al Quran
"Dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baik keseluruhannya, jika buruk/rosak maka buruk/rosak keseluruhannya, itulah qalbun"
Kematian = hari kegembiraan = dapat bertemu dengan Pencipta
Rawat pesakit
1. Guna perkataan positif = ini proses penyembuhan / proses pembersihan = proses penyembuhan & pembersihan qalbun & kita ada Yang Maha Penyembuh
فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖ وَأَشۡهِدُواْ ذَوَيۡ عَدۡلٖ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
-Sura At-Talaq, Ayah 2
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
-Sura At-Talaq, Ayah 3
10.40pm ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat