Saturday 28 September 2019

*Kuliah Maghrib* *Sabtu 28 September 2019* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad* *40 Hadis Akhlak Mulia*

*Kuliah Maghrib*
*Sabtu 28 September 2019*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Akhlak Mulia*

Alhamdulillah atas kesempatan masa, kesihatan tubuh badan & taufik oleh Allah, kita dapat berada di majlis ilmu. Moga Allah ikhlaskan niat kita menuntut ilmu keranaNya

*Hadis ke 15: Menunaikan Hak Sesama Muslim*

"Hak orang Islam ke atas orang Islam yang lain ada 5 perkara:
1. Menjawab salam
2. Mengunjungi / menziarahi orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri jemputan
5. Menjawab orang bersin"
HR Bukhari dan Muslim

Dalam riwayat Muslim yang lain ada disebutkan:
"Hak orang Islam ke atas orang Islam yang lain ada 6 perkara:
1. Apabila bertemu, beri salam
2. Apabila dijemput, hadiri jemputan
3. Apabila diminta nasihat, beri nasihat
4. Mendoakan / menjawab orang bersin "alhamdulillah",  jawab "yarhamkumullah"
5. Apabila ia sakit, diziarahi
6. Apabila ia mati, hendaklah diiringi jenazahnya"

******
1. Beri salam sunat, jawab salam wajib. Sunat jawab salam lebih baik / lebih panjang / lebih bagus daripada ucapan bagi salam

2. Ziarahi orang sakit. Hadis Qudsi "orang ziarah orang sakit, seumpama dia ziarah Allah" = orang sakit rapat / dekat dengan Allah

Doakan kesembuhan orang yang kita ziarahi & sebaiknya angkat tangan doakan terus sewaktu kita ziarahinya, doa ringkas, bahasa melayu yang kita & dia faham = lebih ringkas & sampai maksudnya

3. Iringi jenazah hingga ke perkuburan = hormati jenazah & ahli keluarganya. Doakan kebaikan kepada jenazah & keluarganya.

Kematian adalah nasihat bagi kita = suatu hari kita juga akan ke sana / menempuhi kematian

4. Menyahut / menghadiri jemputan = kena pergi jemputan jika tiada keuzuran, menyambungkan silaturrahim, melainkan jika majlis dicemari dengan maksiat & dosa ie tarian / minuman memabukan.

Muzik yang sederhana tidak menghalang kita daripada menghadiri jemputannya = kewajipan menghadiri jemputan lebih kuat daripada muzik yang dimainkan

5. Menjawab orang bersih, "alhamdulillah", kita dengar & jawab "yarhamkallah" = semoga Allah merahmati kamu.

Bersin = dengutan jantungnya berhenti seketika. Alhamdulillah = kerana Allah masih berikan kehidupan

Jika bersin berterusan, ucapkan "shafakallah" = moga diberikan kesembuhan

Tambahan:
6. Apabila saudaramu meminta nasihat, maka bagi nasihat kepadanya. Paling kurang "sabar".

"Sabar" = nasihat yang paling baik = sedikit sebanyak ia meredakan keresahan hati apabila ditimpa ujian

"Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempatmu sekeluarga di syurga"

*******
= Hadis rukun membina masyarakat = agar masyarakat kita sentiasa berkasih sayang

8.26pm ditangguhkan

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat