Sunday 29 September 2019

*Kuliah Subuh* *Ahad 29 September 2019* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 29 September 2019*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*

*Bagaimana Mencari Rezeki?*
Apa yang perlu kita lakukan untuk rezeki di dunia & rezeki di akhirat

*10 peraturan untuk mendapat rezeki*

Rezeki = harta, makan minum, tempat tinggal, kesihatan, udara kehidupan dll

Rezeki ditentukan oleh Allah, kita mencari rezeki & bersedia untuk ajal / kehidupan akhirat kita

*1. Bertakwa kepada Allah*
Takwa = pelihara diri agar tidak terjebak dalam dosa
Dosa = kesalahan kerana tidak buat apa yang disuruh / buat apa yang dilarang / menzalimi makhluk / manusia
Taubat = berhenti & tinggalkan dosa lalu & kembali kepada Allah

*2. Bertawakkal kepada Allah*
Tawakkal = segala yang berlaku urusan Allah. Kewajipan kita ibadah kepada Allah walau apa jua keadaan

Syukur atas rezeki kurniaan Allah

Terima kebaikan = syukur, terima musibah = sabar


فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖ وَأَشۡهِدُواْ ذَوَيۡ عَدۡلٖ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; *dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),*
-Sura At-Talaq, Ayah 2


وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا
*Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya*. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
-Sura At-Talaq, Ayah 3


*3. Silaturrahim = hubungkan silaturrahim* = murah rezeki & hidup berkat insyaAllah

Umur panjang & *banyak manfaat yang ditinggalkan untuk agama & untuk umat*

*4. Bersyukur & istiqamah* = rezeki bertambah & iman bertambah = nyatakan terima kasih kepada Allah & istiqamah dalam ibadah & ketaatan


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: *"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu*, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
-Sura Ibrahim, Ayah 7


قَالَ ٱلَّذِي عِندَهُۥ عِلۡمٞ مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبۡلَ أَن يَرۡتَدَّ إِلَيۡكَ طَرۡفُكَۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسۡتَقِرًّا عِندَهُۥ قَالَ هَٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّي لِيَبۡلُوَنِيٓ ءَأَشۡكُرُ أَمۡ أَكۡفُرُۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيّٞ كَرِيمٞ
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. *Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri*, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
-Sura An-Naml, Ayah 40


*5. Solat = murah rezeki* = banyak manfaat solat
Qiamullail = solat malam akan menyihatkan badan
Solat lebih baik daripada tidur

Suruh anak isteri kita solat & sabar dalam melaksanakannya. Kami (Allah) tidak minta rezeki kepadamu, tetapi Kamilah yang beri kamu rezeki


وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡهَاۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقٗاۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَۗ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ
*Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.*
-Sura Ta-Ha, Ayah 132

*6. Sedekah* = sedekah akan mengandakan rezeki di dunia & di akhirat = digandakan rezeki & diberikan kesihatan

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah *sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji*. Dan (ingatlah), *Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya*, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 261


"Rawati sakit kamu dengan sedekah"


*7. Membaca Al Quran di dalam rumah* = Rumah yang selalu dibacakan Al Quran insyaAllah akan murah rezeki

"Rumah yang dibacakan didalamnya Al Quran banyak kebaikannya (rezeki), rumah yang tidak dibacakan Al Quran didalamnya akan kurang rezekinya"

*8. Bermurah dengan anak isteri*
"Bukan dari kalangan orang yang beriman (sempurna iman), orang yang dimurahkan rezeki tetapi dia bakhil kepada keluarganya"

*9. Berkahwin*
"3 golongan yang Allah akan bantu; salah satu daripadanya ialah orang yang berkahwin kerana ingin menjaga agamanya"

۞قُلۡ تَعَالَوۡاْ أَتۡلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمۡ عَلَيۡكُمۡۖ أَلَّا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـٔٗاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗاۖ وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُم مِّنۡ إِمۡلَٰقٖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكُمۡ وَإِيَّاهُمۡۖ وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلۡفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَۖ وَلَا تَقۡتُلُواْ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِي حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ
Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) *Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka*; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
-Sura Al-An'am, Ayah 151

وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ خَشۡيَةَ إِمۡلَٰقٖۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ وَإِيَّاكُمۡۚ إِنَّ قَتۡلَهُمۡ كَانَ خِطۡـٔٗا كَبِيرٗا
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; *Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu*. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
-Sura Al-Isra', Ayah 31


*10. Menuntut ilmu*

"Sesiapa yang menuntut ilmu, Allah akan permudahkan rezekinya"

Ada rezeki bukan bermakna tiada ujian. Ujian sentiasa ada

Rezeki untuk kehidupan dunia & juga akhirat

10 perkara untuk kita dapat rezeki, sama-sama kita amal & sebarkan. Moga ada manfaat untuk kita semua insyaAllah

"Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah & dia duduk berzikir (ingat Allah / majlis ilmu) & kemudian dia solat 2 rakaat (isyrak) seolah-olah dia dapat umrah yang sempurna"

7.11am ditangguhkan







No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat