Sunday 29 July 2018

*Kuliah Magrib* *29 Julai 2018* *Surau An Najah TUJP*

*Kuliah Magrib*
*29 Julai 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haris Bain*
*Tajuk: Akhlak*

Tasabbut wa tabayyun = Sabit betul & jelas pencerahan

Tabayyun = ilmu selepas berlakunya kekeliruan & kekaburan = bertenang & tidak gopoh dalam tindakan

Tasabbut = kenal pasti kesahihan sesuatu berita sebelum terima & sebarkannya

Jangan disebarkan benda / berita yang kita tiada pengetahuan tentangnya

*Kelebihan Tasabbut wa Tabayyun*

Lawan kepada sifat di atas adalah: Al ajal = mustakjilun = gopoh

"Bertenang daripada Allah & kegopohan daripada syaitan"
Hadis Hasan Riwayat Baihaqi

Bertenang & elak kegopohan akan mendorong kita membuat keputusan yang waras & wajar

Lemah lembut & tidak gopoh

Al Hujurat ayat 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka *selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini* - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
-Sura Al-Hujurat, Ayah 6

*Semoga Allah sentiasa kurniakan kita ketenangan & tabayyun / sentiasa selidiki kesahihah apabila menerima / menangani sesuatu isu / berita*


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat