Sunday 8 July 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 8 Julai 2018* *24 Syawal 1439*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 8 Julai 2018*
*24 Syawal 1439*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Kisah Nabi Musa AS & Firaun*

Syukur kepada Allah malam tadi kita dapat laksanakan sambutan hari raya = bersilaturrahim & bergembira bersama ahli taman & keluarga

Mudah-mudahan majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita

Memenuhi hajat & undangan itu suatu kegembiraan bagi tuan rumah

Ziarah orang sakit juga dapat melegakan orang yang diziarah itu

*Kisah Nabi Musa AS & Firaun*

Surah Al Qasas

Tadabbur, tafaqqur, tazakkur

Pengajaran kisah-kisah dalam Al Quran = yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, walaupun namanya berbeza namun wataknya tetap sama & akan berulang-ulang

Al Quran ini mukjizat hingga akhir zaman = pengajaran hingga akhir zaman

*Firaun ingatkan Nabi Musa kisahnya yang lalu*

As syuara 18-19

قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ
Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 18

وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ الَّتِي فَعَلْتَ وَأَنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
"Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 19

الْكَافِرِينَ = tidak berterima kasih
= tidak mengenang budi
= bukannya bermakna "kufur" / "keluar daripada Islam"


Jawab Nabi Musa SA

قَالَ فَعَلْتُهَا إِذًا وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ
Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 20

الضَّالِّينَ = khilaf
= belum dapat petunjuk
= bukannya bermakna "sesat"


فَفَرَرْتُ مِنْكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكْمًا وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُرْسَلِينَ
"Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 21

Firaun, pembesar / pengikut & tukang sihir


وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنْ عَبَّدْتَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
"Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 22

Yang benar itu datang dari Tuhanmu

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۚ بَلْ هُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أَتَاهُمْ مِنْ نَذِيرٍ مِنْ قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) *bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu* (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.
-Sura As-Sajdah, Ayah 3

وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya ".
-Sura Al-Qasas, Ayah 53

Kekuatan itu ada 2; fizikal & mental / emosi / jiwa

"Tiada tuhan melainkan Aku"

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah; *tiada tuhan melainkan Aku*; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
-Sura Ta-Ha, Ayah 14

Semoga kita mendapat ibrah / pengajaran daripada kisah-kisah para rasul ini

Sambungan "Firaun mengaku sebagai tuhan"

Hak ilmu = wajib disampaikan
"Serulah kepada Tuhanmu dengan hikmah = bijaksana"

Hak dakwah = wajib = paling kurang dakwah dirinya & keluarganya

Hak tarbiyah = asuh, didik orang yang baru peluk Islam

Hak makrakah = hujjah

Nikmat masa lapang moga sama-sama kita dapat manfaatkannya

*Pengajaran Selepas Ramadan*
Puasa & bangun malam
Puasa siang hari = iman
Bangun malam = iman

Ibadah = pahala. Puasa Aku / Allah SWT sendiri yang akan membalasnya

Ibadah bukan kerana suasana, tetapi kerana iman kepada Allah

Tiada kekuatan, melainkan dengan kekuatan Allah, kasih sayang & rahmat Allah. Mudah-mudahan kita kembali kepada Allah dengan redhaNya insyaAllah

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, *sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya*".
-Sura Al-Kahf, Ayah 110

7.35am ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat