Saturday 21 July 2018

*Tazkirah Subuh* *Sabtu 21 Julai 2018* *Surau An Najah TUJP*

*Tazkirah Subuh*
*Sabtu 21 Julai 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*
*Ibadah Haji*

Ibadah haji = salah 1 rukun Islam = perjalanan rohani menandakan kepatuhan kita kepada Allah SWT

Ramadan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah = ibadah haji kesinambungan daripada ibadah puasa

"Nilai sesuatu agama boleh dilihat pada perayaannya"

Raya puasa = mula dengan sedekah / zakat fitrah, solat, berziarah / bermaaf-maafan

Raya korban = mula dengan solat, ibadah korban & sedekah

Orang yang berhaji dapat pahala besar, bagaimana orang yang tidak pergi berhaji? = hati kita juga perlu bersama mereka yang berhaji = takbir, tahmid, zikir

Bagi yang tidak berhaji:

1. Dalam keadaan sentiasa zikir & ingat Allah, terutamanya pada awal Zulhijjah

2. *Puasa pada hari Arafah* = hari wukuf
"Sehari puasa Arafah, dihapuskan puasa setahun"

3. Ibadah korban bagi
"Orang yang cukup duit untuk makan, minum, keperluan & ada lebihan"
"sunat muaakad" / "wajib bagi yang berkemampuan"

Korban = pada 4 hari tasyrik = 10, 11, 12, 13 Zulhijjah
Aqiqah = boleh sepanjang masa

Rebutlah bagi yang berkemampuan

*Masjid UKM tempah 10 ekor lembu untuk korban tahun ini. 2 ekor dah ditempah, ada lagi 8 ekor untuk sama-sama kita berkorban*

4. Bersedekah = banyakkan bersedekah

5. Hari wukuf = sama kita berdoa kepada Allah.
Zohor sampai terbenam matahari = waktu untuk bermunajat, mohon keampunan Allah & perbanyakkan doa kepada Allah

"Keampunan itu bagi yang ada di Arafah & bagi yang ada di mana-mana"

Di mana-mana = yang duduk dalam ketaatan kepada Allah = iringi jemaah haji dengan rohani = zikir, berdoa & bermunajat kepada Allah

Berhaji = tidak buat perkara rosak & melalaikan. Kembali ke kampung halamannya seolah-olah dia baru dilahirkan / dalam keampunan Allah

Sunnah ibadah korban:
1. Sembelih sendiri jika mampu
2. Korban bahagi 3 bahagian;
1 bahagian fakir miskin,
1 bahagian jiran tetangga
1 bahagian untuk makan

4600 / 4700 seekor lembu di UKM

Sama-sama kita rebut peluang untuk dekatkan diri & beribadah kepada Allah


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat