Sunday 29 July 2018

*Kuliah Subuh* *29 Julai 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Dr Hamidi (USIM)*

*Kuliah Subuh*
*29 Julai 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Hamidi (USIM)*
*Tajuk: Akidah*

Alhamdulillah kita dapat bertemu pada pagi ini

Akidah

Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه

Muhammad 47: 19
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
-Sura Muhammad, Ayah 19

Prof Hamka bersyair berkenaan kalimah
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه
"Aku mencari Allah di tanah jawa tidak berjumpa, aku mencari Allah di tanah haram tidak berjumpa, rupanya Allah ada "dikocekku""= sindiran / tamsilan

Apa yang ada dalam kocek kita biasanya?

Anak2 tahfiz = ada Al Quran
Kita? Ada handphone? Ada duit? Ada rokok?

"Sesiapa yang ucapkan
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه
dengan khalisan / ikhlas, maka baginya syurga"

Khalisan = dengan tidak ada riak, sumaah, ujub

Ibadah itu perlu disingkirkan riak, sumaah, ujub

Tidak boleh dilakukan kerana orang lain = riak = pendua kepada ibadahnya

Ikhlaskan amalan kita semata-mata kerana Allah SWT

Orang mukmin ini berukhwah = bersaudara

Iman:

Bahasa = iktikad / kepercayaan / pegangan

Istilah = Membenarkan Nabi SAW & tunduk patuh kepada Allah SWT

"Jadikan lidah orang benar,
hati yang bersyukur
hati yang mencintai aku (Rasul SWT) & mencintai orang2 yang mencintai aku

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّه
= *singkirkan keakuan dalam diri kita*

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat