Thursday 9 January 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 191)* *9 Jan 2020 9.38pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 191)*
*9 Jan 2020 9.38pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.38pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 106

۞مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ أَوۡ مِثۡلِهَآۗ أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?
-Sura Al-Baqarah, Ayah 106

*****

مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٖ مِّنۡهَآ أَوۡ مِثۡلِهَآۗ

*TAJWID*

Beri perhatian pada sebutan kalimah:

لِهَآۗ = مد أصلي = mad asli = 2 harakat
= kekalkan sebutan 2 harakat ketika bacaan terus mahupun wakaf

مد فَرعِي = mad selain 2 harakat
/ lebih daripada 2 harakat


****
*TERJEMAHAN HARFIYAH*
*MUFRADAT AL QURAN*

مَا = apa sahaja

نَنسَخۡ = Kami (Allah) mansuhkan / batalkan / hapuskan / padamkan / pindakan

مِنۡ = daripada

ءَايَةٍ = satu ayat

أَوۡ = atau

نُنسِ = Kami melupakan
= Kami buat kamu lupa
إنسان = insan
نَنسَ = lupa

هَا = nya

نَأۡتِ = Kami datangkan

بِ = dengan

خَيۡرٖ =
(yang) lebih baik
= salah satu maksud lebih baik adalah "(yang) lebih ringan"

مِّنۡ = daripada

هَآ = nya

أَوۡ = atau

مِثۡلِ =
(yang) semisal

هَآۗ = nya


Contoh nasakh / mansuh 2:144

قَدۡ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجۡهِكَ فِي ٱلسَّمَآءِۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبۡلَةٗ تَرۡضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ لَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا يَعۡمَلُونَ
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 144

Contoh lain nasakh:
2:180 dinasahkan oleh 4:11

Al Baqarah 2:180

كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 180

An Nisa 4:11

يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
-Sura An-Nisa', Ayah 11


*****
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20pm*
*Buku You Are The Best*

لَهْوٌ = lalai / alih tumpuan

Manusia ada 3 unsur
1. Perbuatan
2. Perasaan
3. Pemikiran

*Bahagia di dunia = tenang / sakinah* walau apa juga keadaan; gembira / duka = dapat taat perintah Allah walau apa juga keadaan = tidak terlalu gembira dengan nikmat & tidak terlalu berduka dengan ujian / kesukaran / kesedihan

Ujian bersifat sementara & ianya akan berakhir dengan kegembiraan = syurga

Bahagia di akhirat = syurga = kegembiraan / dapat apa sahaja yang kita suka / mahu

10.38pm ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat