Saturday 25 January 2020

*Kuliah Subuh* *Sabtu 25 Jan 2020* *Surau An Najah TUJP*

*Kuliah Subuh*
*Sabtu 25 Jan  2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Khairul Anuar*
*Asmaul  Husna*

Alhamdulillah syukur pada  Allah yang masih bagi kita peluang kehidupan & nikmat kesihatan & yang paling penting nikmat dapat taat perintah Allah

Mudah-mudahan permulaan yang baik ini akan bagi kita pengakhiran yang baik = husnul khatimah

Kita sambung pengajian asmaulhusna. Moga dengan kenal Allah melalui nama-namaNya akan terbit dan subur rasa:
1. Kasih
2. Takut
3. Berharap &
4. Malu kita kepada Allah SWT

*Nama ke 87 Al Jamik* = mengumpulkan = Allah Yang Maha Mengumpulkan
= الجَمِعۡ
= نَّجۡمَعَ
= جَمَعۡنَٰكُمۡ

Jasad & roh
Sihat & sakit
Siang & malam
Kehidupan & kematian

Al Qiamat 75: 3-4
أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُۥ
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 3

بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُۥ
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 4


Al Mursalat 77: 38
هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِۖ جَمَعۡنَٰكُمۡ وَٱلۡأَوَّلِينَ
Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
-Sura Al-Mursalat, Ayah 38

An Nisa 4: 140
وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِهَا وَيُسۡتَهۡزَأُ بِهَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦٓ إِنَّكُمۡ إِذٗا مِّثۡلُهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱلۡكَٰفِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.
-Sura An-Nisa', Ayah 140

Khaifiat / Fadhilat Ya Jamik = mengembalikan sesuatu yang hilang contohnya ahli keluarga yang lama menghilang
= يا الجَمَعۡ

*Nama ke 88 & 89: Al Ghani & Al Mughni*

Al Ghani = Yang Maha Kaya = tidak memerlukan sesuatu apapun = Allah tidak perlu kepada makhluk, tetapi makhluk yang perlukan Allah
= ٱلۡغَنِيُّ

& Al Mughni = Yang Memberikan Kekayaan & Kecukupan

Yunus 10: 68
قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدٗاۗ سُبۡحَٰنَهُۥۖ هُوَ ٱلۡغَنِيُّۖ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ إِنۡ عِندَكُم مِّن سُلۡطَٰنِۭ بِهَٰذَآۚ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Mereka berkata: "Allah mempunyai anak" Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)! *Dia lah Yang Maha Kaya*; segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya; tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu. Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya?
-Sura Yunus, Ayah 68

Allah Maha Kaya & tidak berhajat kepada amalan kita. Amalan kita adalah untuk kita

Jika manusia semuanya derhaka kepada Allah sedikitpun tidak beri kesan kepada Allah & jika semua manusia mohon khazanah Allah & semua dikurniakan, sedikitpun tidak jejas khazanah & perbendaharaan Allah SWT

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبۡتُمۡ وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِۖ وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 267

وَلِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَلَقَدۡ وَصَّيۡنَا ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَإِيَّاكُمۡ أَنِ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ وَإِن تَكۡفُرُواْ فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَنِيًّا حَمِيدٗا
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura An-Nisa', Ayah 131

وَقَالَ مُوسَىٰٓ إِن تَكۡفُرُوٓاْ أَنتُمۡ وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا فَإِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ
Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Ibrahim, Ayah 8

لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
-Sura Luqman, Ayah 26


& Al Mughni = Yang Memberikan Kekayaan & Kecukupan

An Naj 53: 48
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغۡنَىٰ وَأَقۡنَىٰ
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
-Sura An-Najm, Ayah 48

أَغۡنَىٰ
= bukan sahaja Allah memberikan kekayaan malahan memberikan kecukupan
= kaya itu bukan pada harta tetapi pada jiwa = qanaah = merasa cukup dengan apa yang ada & kurniaan Allah


Khaifiat / Fadilat tiada dalam hadis tetapi sesuai dengan nama Allah & firmannya:

وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِيٓ أَسۡمَٰٓئِهِۦۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), *maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu*, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
-Sura Al-A'raf, Ayah 180

*Ya Ghani Yu Ya Mughni*


*Nama ke 90 : Al Manik* = manaa = yam nau = man an = menghalang / melarang / mencegah
= Allah Taala Yang Maha Melarang / Mencegah / Menghalang

Allah melarang makanan yang jelek / buruk

Bahasa kita ada "bernasib baik" = Bahasa akidah "tiada bernasib baik" kerana semuanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah & bukannya berlaku secara kebetulan / secara tiba-tiba = semua berlaku dengan izin, kehendak & pengetahuan Allah

= sentiasa bermuhasabah jika ditimpa ujian & perbanyakkan istigfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya

"Ya Allah tiada sesiapun dapat memberikan apa yang Kau tegah & tiada sesiapun yang dapat menegah apa yang Kau berikan"

Ya Manik = Yang Maha Mencegah = semoga kita dicegah / dihalang daripada sesuatu yang memudharatkan insyaAllah

Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan sampaikan insyaAllah

Moga ada manfaat untuk kita semua. Semua kebaikan adalah dari Allah, kelemahan & kekurangan adalah kita

7.30am ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat