Thursday 30 January 2020

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 194)* *30 Jan 2020 9.40pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 194)*
*30 Jan 2020 9.40pm*
*Dewan 3F-201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.40pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 107

أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ
Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 107

*******

وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ


*TERJEMAHAN HARFIYAH*

وَ = dan

مَا = tiada / tidak

لَ = bagi

كُم = kamu

مِّن = daripada

1. دُونِ = selain
دَنَوٌ = dekat / rendah
غَيرِ = selain
دُونِ = selain Allah tidak boleh bagi penolong kerana rendah / hina
دنيا = dunia / dekat
ديوان = dewan / dekat

ٱللَّهِ = Allah

2. مِن = daripada mana-mana
/ daripada sesiapa

3. وَلِيّٖ = Penjaga / Pelindung

وَ = dan

لَا = tiada (juga)

4. نَصِيرٍ = Penolong
(biasanya digunakan dalam peperangan / pergaduhan / pertelingkahan)
النَّصر = عَونٌ = تَعَاوَنوا = نَستَعِين = مُسَاعَدَة = penolong

*TADABBUR*

Sambungan Al Baqarah 2:34

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 34


إِلَّآ إِبۡلِيسَ = kecuali iblis

أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ = dia enggan dan dia sombong

iblis = berputus asa / putus harapan = makhluk yang berputus asa daripada rahmat Allah

Al anam 6: 44
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُكِّرُواْ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ أَبۡوَٰبَ كُلِّ شَيۡءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُواْ بِمَآ أُوتُوٓاْ أَخَذۡنَٰهُم بَغۡتَةٗ فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), *maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)*.
-Sura Al-An'am, Ayah 44

رفض = enggan yang biasa-biasa
أَبَىٰ = enggan yang luar biasa / enggan yang muktamad & tidak akan kembali kepangkal jalan

٩ : ٣٢
9:32
يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang *Allah tidak menghendaki* melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
-Sura At-Tawbah, Ayah 32

*********
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.16pm*
*Buku You Are The Best*
*Bab 35 m/s 209*

Ketenangan dalam dalam amal soleh = amal soleh datang dari perbuatan = perbuatan datang dari perkataan yang baik = perkataan yang baik datang dari hati yang sentiasa ingat Allah

Setiap orang & setiap situasi kehidupan kita boleh bahagia & boleh taat perintah Allah
= orang kaya / miskin boleh taat perintah Allah & bahagia

13:11
لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. *Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri*. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 11


وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
-Sura At-Talaq, Ayah 2

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
-Sura At-Talaq, Ayah 3

Kawal & jaga kehidupan kita dengan ikut peraturan Allah = Al Quran

فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
-Sura Al-Sharh, Ayah 7

لَا يَسۡمَعُونَ حَسِيسَهَاۖ وَهُمۡ فِي مَا ٱشۡتَهَتۡ أَنفُسُهُمۡ خَٰلِدُونَ
Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan *mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.*
-Sura Al-Anbiya', Ayah 102

يُطَافُ عَلَيۡهِم بِصِحَافٖ مِّن ذَهَبٖ وَأَكۡوَابٖۖ وَفِيهَا مَا تَشۡتَهِيهِ ٱلۡأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلۡأَعۡيُنُۖ وَأَنتُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan *di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata*; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".
-Sura Az-Zukhruf, Ayah 71

Minggu depan sambung Al Qasas 28: 77 berkenaan dunia dan akhirat

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
-Sura Al-Qasas, Ayah 77

10.47pm ditangguhkan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat