Saturday 11 January 2020

*Kuliah Maghrib* *Sabtu 11 Jan 2020* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad* *40 Hadis Akhlak Mulia*

*Kuliah Maghrib*
*Sabtu 11 Jan 2020*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Akhlak Mulia*

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas limpah kurniaNya kita dapat berkumpul malam ini untuk menyambung kitab hadis akhlak mulia

Moga dengan baca & dengar hadis Nabi SAW hati kita akan jadi lembut & dapat miliki akhlak terpuji insyaAllah


*Hadis ke 17: Menghormati Jiran*

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya"
HR Muslim

Hampir sama dengan hadis 16 = memuliakan tetamu & hadis 17 = memuliakan jiran

Memuliakan tetamu & jiran terkait dengan iman

Tetamu, jiran, rakan = orang yang dekat dengan kita / selalu kita jumpa & bermuamalah dengannya

Maksud direct = berbuat baik dengan jiran = beriman

Maksud indirect = tidak berbuat baik dengan jiran = tidak beriman = tidak sempurna iman

Beriman dengan Allah & hari akhirat / hari kembali kepada Allah = tunjang / tunggak keimanan

Berbuat baik dengan jiran:

1. Tidak buat jahat padanya = kata-kata & perbuatan

"Orang muslim ialah orang yang tidak menyakiti orang lain dengan lidah & tangannya" = perkataan & perbuatannya tidak menyakiti orang lain

2. Membalas kebaikan jiran dengan kebaikan

3. Memulakan berbuat baik kepada jiran = mula bertegur / memulakan bagi juadah / memulakan pertolongan

Tanamkan niat dalam hati = *moga Allah tambah iman kita dengan kita berbuat baik kepada jiran*

Iman boleh naik & boleh turun = *niatkan agar Allah tambah iman kita dengan kita berbuat baik dengan jiran*

Salah satu yang Allah & Rasul sangat suka = banyak pahalanya adalah memperdamaikan antara rakan/jiran yang bermusuh/bergaduh/bermasam


*Hadis ke 18: Berbuat Baik Terhadap Jiran*

"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya"
HR Tirmizi

"Sebaik-baik sahabat itu adalah orang yang apabila kita bertemu dengannya mengingatkan kita kepada Allah"

= orang yang berakhlak mulia akan memberi kebaikan kepada kawannya

Tiada kebaikan yang lebih besar melainkan mengingatkan / ingatan kita kembali kepada Allah

Kita kena ramaikan kawan yang baik-baik dengan kita = Kawan yang baik-baik akan tarik kita daripada neraka

Kawan dalam syurga tidak melihat kawannya yang lain dalam syurga bertanya kepada Allah berkenaan kawannya. Allah mintanya lihat dalam neraka & dengan berkat ihsan / rahmat Allah & rakan yang baik dapat membawanya ke syurga

Usaha cari & ramaikan kawan yang baik-baik & usaha kurangkan kawan yang tidak baik = faedah kebaikan kawan baik bukan sahaja di dunia malahan di akhirat


*Hadis ke 19: Menyebarkan Salam*

"Demi Tuhan yang diriku di bawah kekuasaanNya, kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehinggalah kamu beriman & kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling cinta-mencintai (berkasih sayang). Hendakkah kamu aku tunjukkan satu perkara, jika kamu dapat lakukannya kamu akan jadi orang yang berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu"
HR Muslim

Nabi SAW bersumpah = perkara penting & serius

Iman penting & jangan sampai ianya terbatal / tercabut dari kita = nauzubillah = moga dijauhkan Allah

Sebarkan salam --> berkasih sayang --> beriman --> syurga

"Janganlah kamu saling hasad berhasad, tuduh menuduh, jadilah kamu orang yang setiasa bersaudara = berkasih sayang"

Salam =
السَّلاَمُ عَلَيْكُم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُه

Bila-bila masa kita boleh sebut salam, tidak seperti selamat pagi yang hanya boleh diucapkan waktu pagi

Bagi salam sunat
Jawab salam wajib

Kaedah umum; wajib = besar pahala,  sunat = kurang pahala

Kes tertentu; sunat = lebih besar pahala daripada wajib iaitu salam = orang yang memulakan salam = sunat = mewujudkan suasana sejahtera

Moga Allah SWT beri kita kekuatan untuk berkasih sayang insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat