Thursday 1 June 2017

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 67) 1 Jun 2017 9.30pm

Kelas Bahasa Arab Al Quran (Minggu 67)
1 Jun 2017 9.30pm
Dewan 3F-201 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin &
Ustaz Aiman Shafie

**********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.30pm*

*Sambungan*
*Al Baqarah 2: 36*

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Beri perhatian pada sebutan 2 perkataan
بَعْضُكُمْ
لِبَعْضٍ

ض = tebal
ع = nipis
ب = nipis
Nipis = sebutan mendatar ke depan
Tebal = sebutan naik ke atas

Huruf tebal ada 7
ق ط ظ غ ض ص خ

*MUFRADAT AL QURAN*
*Buku Kaedah Hafiyah ms 54*

وَ = dan

قُلْنَا = telah berkata kami
ق = kata dasar
ُل =kata dasar
نَا = kata tambahan
Kata tambahan di akhir = fiil madhi

1. اهْبِطُوا = berangkatlah olehmu / turunlah

2. بَعْضُ = sebahagian

كُمْ = kamu

لِ = bagi

بَعْضٍ = sebahagian

3. عَدُوٌّ = musuh

وَ = dan

َلَكُمْ = bagi kamu

فِي = di / di dalam / dalam

الْأَرْضِ = bumi

4. مُسْتَقَرٌّ = tempat kediaman

وَ = dan

5. مَتَاعٌ = bekalan

6. إِلَىٰ = hingga / kepada

7. حِينٍ = satu masa / satu waktu / ajal / mati

7 mufradat baru. Ulang 60kali setiap mufradat baru setiap hari. Ulang mufradat lama 10kali sehari. Praktikkan / terjemahkan ketika baca Al Quran

*Contohnya*
ِ إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
Apabila berlaku hari kiamat itu

إِذَا = Apabila
وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ = (belum belajar)


لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya
لَيْسَ = bukan / tidak tiada
لِ = bagi / untuk
وَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ = (belum belajar)

*Praktikkan walau 1 hari 1 ayat*

*TADABBUR*

Al Baqarah 2:15

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ

اللَّهُ = Allah
يَسْتَهْزِئُ = Dia memperolok
بِهِمْ = kan mereka
وَيَمُدُّهُمْ = dan Dia lanjutkan mereka

يَمُدُّ
يَ = kata tambahan
مُ = kata dasar
دُّ = kata dasar
مُدُّ = panjangkan / tambahkan / lanjutkan


*Allah perolokkan mereka (orang munafik) dengan:*
مُدُّ = panjangkan / tambahkan / lanjutkan

1. Panjangkan umur mereka
2. Tambahkan rezeki mereka
3. Lanjutkan kesenangan mereka

Orang munafik, depan orang beriman mereka tunjuk baik kepada orang beriman, tetapi dibelakang orang beriman mereka buat jahat

Allah balas perkara yang sama = bagi mereka umur panjang, tambah rezeki & lanjutkan kesenangan mereka sehingga mereka rasa macam Allah sayang mereka & mereka di pihak yang benar sebenarnya tidak

Al An'am 6: 44
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

*2 kesakitan orang munafik*
1. Nikmat hilang sekelip mata
2. Orang "yang berpihak kepada mereka" yang rampas kesenangan mereka = Allah yang memperolok2kan mereka (orang munafik)

***************
Ustaz Dr Shafie Md Amin
10.20pm

Al An'am 6: 44
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

ذُكِّرُوا = zikir = ingat = Al Quran

Jika hari ini kita senang, sihat, banyak harta, panjang umur tetapi tidak belajar Al Quran, kita patut bimbang kita termasuk dikalangan orang munafik

Ramadan = assiam = الصيام
Ramadan = saum = صوم = menahan / memelihara (perkataan & perbuatan yang buruk)
= semakin dekat dalam belajar, mengajar, menghayati & mengamalkan Al Quran

Al A'raf 7: 16

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
-Sura Al-A'raf, Ayah 16

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ =
Jalan yang lurus = Yasin 36: 61

Yasin 36: 61
وَأَنِ اعْبُدُونِي ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
-Sura Ya-Seen, Ayah 61

Al Maidah 5: 27

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
-Sura Al-Ma'idah, Ayah 27

Moga kita sentiasa istiqamah belajar & mengajarkan Al Quran & mendapat keberkatan Ramadan

10.40pm ditangguhkan




No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat