Sunday 4 June 2017

Kuliah Subuh 4 Jun 2017 9 Ramadan 1438 Ahad

Kuliah Subuh
4 Jun 2017
9 Ramadan 1438 Ahad
Ustaz Dr Mohd Zaini Yahya
Surau An Najah TUJP

Alhamdulillah kita dapat sama2 solat subuh jemaah

*Hadis2 Nabawi "Riyadus Salihin" imam Nawawi bab Sabar*


*Hadis 1*
"Bersuci itu sebahagian daripada iman (solat). "Alhamdulillah" itu memenuhi mizan (timbangan amal). "Subhanallah walhamdulillah" kedua2nya memenuhi langit & bumi. Solat itu adalah cahaya (dapat menerangi kehidupan). Sedekah itu adalah "burhan" (hujjah kepada keimanan). Sabar itu dia' (cahaya yang terang). Al Quran itu hujjah keatas kamu. Setiap orang akan berpagi untuk bebaskan diri daripada keduniaan (lakukan kebaikan) ataupun berbuat kejahatan"
HR Muslim

Kebaikan umpama debu / zarah juga akan dihitung

Jangan perkecil kebaikan walaupun sedikit

Abdul Rahman bin Auf "aku tidak akan mempersia2kan keuntungan walaupun sedikit"

Al Quran = hujjah kepada kita = baca & amalkan. Jika disiakan Al Quran pula akan berhujah (menuntut) ke atas kita


*Hadis 2*
Rasulullah memberikan sesuatu (semua) kepada yang meminta & memberikan nasihat
"Jika ada lagi benda yang baik, aku tidak akan simpan (akan bagi). Sesiapa yang menahan diri daripada meminta2, barangsiapa yang bersikap memadai dengan apa yang dia ada, Allah akan mencukupkan keperluannya (mengkayakan kehidupannya). Sesiapa yang berusaha untuk sabar, Allah akan beri kesabaran kepadanya. Tiada pemberian yang lebih besar melainkan kesabaran"

Orang kaya yang pemurah = biasa
Orang miskin yang pemurah = luar biasa

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima

Sabar perlu kepada latihan

Sabar = menahan diri ketika ada ujian

"Bukan seseorang itu kuat kerana dia pandai bergusti, tetapi yang kuat adalah yang dapat mengawal kemarahannya"


*Hadis 3*
"Ganjil orang mukmin, semua keadaannya baik. Apabila dikurniakan kebaikan dia syukur, itu yang lebih baik kepadanya. Apabila ditimpa keburukan dia sabar, maka itu lebih baik kepadanya"
HR Muslim

"Jangan marah" = la taghdab = kawal kemerahan


*Hadis 4*
Boleh zahirkan kesedihan ketika seseorang itu nazak = boleh bersedih ketika ditimpa ujian tetapi jangan berlebihan


*Hadis 5*
Seorang anak Nabi (Zainab). Zainab "anakku nazak".Doa Nabi SAW "Sesungguhnya bagi Allah itu apa yang dia nak ambil & apa yang dia bagi. Disisi Allah itu segala ajal. Hendaklah kamu bersabar & harapkan pahala daripada Allah.

Bergenang air mata Nabi ketika cucunya meninggal. Sahabat bertanya kenapa Nabi SAW menangis, jawab Nabi SAW "Inilah rahmat Allah yang dikurniakan kepada hambaNya yang dikehendakiNya"

Boleh menangis ketika kematian orang yang disayangi tetapi jangan meratap


*Hadis 6*
"Bertakwalah kepada Allah & bersabar"
"Kesabaran itu adalah ketika pertama kali terjadi (semasa kejadian)"

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat