Saturday 3 June 2017

Tazkirah Ramadan 3 Jun 2017 malam 9 Ramadan 1438H

Tazkirah Ramadan
3 Jun 2017
malam 9 Ramadan 1438H
Ustaz Haji Zainal Arifin Haji Sharbini
Surau An Najah TUJP

Alhamdulillah syukur pada Allah, pantas masa berlalu sekarang dah 8 Ramadan

Alhamdulillah kita dapat sama2 buka puasa & solat terawih di surau

Alhamdulillah moga Allah kurniakan kita nikmat untuk berlumba2 dalam mendapatkan kebaikan

Khusyuk dalam solat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 1

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
-Sura Al-Mu'minun, Ayah 2

*Puasa Ramadan Bina Kekuatan Jiwa*

"Tidak sempurna iman seseorang kamu, melainkan nafsunya tunduk kepada apa yang aku (Rasul SAW) bawa"


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 14

Semua keinginan ini perlu ditundukkan ikut apa yang Rasulullah SAW bawa

Kesenangan dunia ini hanya sementara, ibarat mimpi

Halangan ibadah adalah keduniaan yang tidak dihalakan menuju akhirat
1. Dunia
2. Manusia
3. Syaitan = ganggu pada hati manusia
4. Nafsu

Adab2 puasa
1. Jaga mulut ---> jaga hati
"Sesiapa yang tidak tinggalkan perkataan yang buruk, Allah tidak berhajat padanya"

Bersabar dan katakan "aku berpuasa"

"Ramai orang yang berpuasa yang hanya dapat lapar & dahaga"

2. Jaga perut
"Takungan (perut) yang buruk adalah yang penuh dengan makanan. Memadai bagi kamu makanan untuk menguatkan sendi2 kamu. 1/3 makanan, 1/3 minuman & 1/3 pernafasan"

Makan & minumlah tetapi jangan berlebihan

Ramadan = bulan perubahan; masa makan & masa tidur

Puasa = imsak = menahan diri daripada makan & minum & perkara2 yang membatalkan puasa

Binatang juga berpuasa secara fitrah

Ulat ---> kepompong ---> rama2 yang indah = bertukar fizikal & sifat kepada yang lebih baik

Ular ---> bertukar kulit tetapi masih sama fizikal & sifatnya

Ramadan peluang untuk kita tukar daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik

Moga kita dapat laksanakan puasa & diberikan keizinan oleh Allah hingga ke akhir Ramadan yang diberkati Allah insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat