Friday 9 June 2017

Tazkirah Ramadan 9 Jun 2017 malam 15 Ramadan 1438H

Tazkirah Ramadan
9 Jun 2017
malam 15 Ramadan 1438H
Ustaz Haji Dr Abdull Rahman Mahmood
Surau An Najah TUJP

Alhamdulillah masuk malam ke 15 puasa Ramadan, kita dah separuh Ramadan & bilangan menurun / berkurangan Ramadan

Kita dah boleh buat kira2 untung rugi kita pada Ramadan kali ini

Jika 15 sebelum ini kita kurang amalan, harapnya 15 malam akhir ini kita rebut banyak2 peluang yang diberikan

"Hendaklah kamu baca Quran, sesiapa dapat petunjuk, maka petunjuk itu untuk dirinya sendiri..."

An Naml 27: 92
وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ ۖ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ ضَلَّ فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنْذِرِينَ
"Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran". Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran".
-Sura An-Naml, Ayah 92

Sama2 kita perbetulkan bacaan Al Quran, fahami Al Quran, belajar Al Quran & amalkan Al Quran

Belajar Al Quran & sunnah dengan disiplin yang betul, baru kita dapat kefahaman yang betul

"Janganlah kamu terpedaya dengan kehidupan dunia"

Dunia ini sementara. Sama2 kita muhasabah diri dalam kehidupan yang sementara ini; apa yang kita faham tentang Al Quran? Apakah bekalan yang akan kita bahawa untuk kehidupan akhirat?

Semoga kita selamat di dunia & di akhirat & ditempatkan bersama hamba2Nya yang soleh insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat