Thursday 1 June 2017

Tazkirah Ramadan 1 Jun 2017 malam 7 Ramadan 1438H

Tazkirah Ramadan
1 Jun 2017
malam 7 Ramadan 1438H
Ustaz Abd Haris Bain
Surau An Najah TUJP

KESUDAHAN YANG BAIK “ HUSNUL KHATIMAH”

Husnul Khatimah bermaksud sesorang insan itu diberikan taufik dan izin oleh Allah  sebelum kematiannya untuk menjauhi sesuatu yang dimurkai oleh Allah, sempat bertaubat daripada dosa dan maksiat yang telah dilakukannya dan banyak melakukan ketaatan dan berbuat kebaikan. Tatkala kematian mendatanginya, dia masih dalam keadaan yang baik ini.

‎قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( إذا أراد الله بعبده خيراً استعمله ) قالوا : كيف يستعمله ؟ قال : ( يوفقه لعمل صالح قبل موته ) رواه الإمام أحمد (11625) والترمذي (2142) وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة 1334

Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan jadikan ia beramal.” Dikatakan, “Apakah dijadikan beramal itu?” Beliau bersabda, “Allah bukakan untuknya amalan salih sebelum meninggalnya.” Hadith riwayat Ahmad, Termizi dan disahehkan oleh Albani

‎وقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعَبْدٍ خَيْرًا عَسَلَهُ قِيلَ وَمَا عَسَلُهُ قَالَ يَفْتَحُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ عَمَلًا صَالِحًا قَبْلَ مَوْتِهِ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ " رواه أحمد 17330 وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة 1114

Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan jadikan dia suka kepada kebaikan. Baginda ditanya bagaimanakah caranya? Jawab banginda: Allah bukakan untuknya amalan salih sebelum meninggalnya lalu dimatikan dia dalam keadaan beramal saleh itu. Riwayat Ahmad dan disahehkan oleh Albani

‎{ إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة ألا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون }

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Surah Fussilat ayat 30.

Menurut tafsir Ibni Saady berita gembira ini diberikan kepada mukmin ketika mereka hampir mati( nazak)

‎ما رواه البخاري (6507) ومسلم (2683) عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من أحب لقاء الله أحب الله لقاءه ، ومن كره لقاء الله كره الله لقاءه " فقلت : يا نبي الله ! أكراهية الموت ، فكلنا نكره الموت ؟ فقال : " ليس كذلك ، ولكن المؤمن إذا بشر برحمة الله ورضوانه وجنته أحب لقاء الله، وإن الكافر إذا بشر بعذاب الله وسخطه كره لقاء الله وكره الله لقاءه

Daripada Aishah RA Rasulullah bersabda: Barangsiapa suka berjumpa dgn Allah, maka Allah pun suka berjumpa dengannya & barangsiapa yg benci berjumpa dgn Allah, maka Allahpun benci berjumpa dengannya. Lalu aku bertanya; Wahai Rasulullah, apakah itu maksudnya juga benci kepada kematian, padahal setiap kita membenci kematian? Beliau bersabda: Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila telah diberi khabar gembira dgn rahmat & ampunan Allah, ia senang berjumpa dgn Allah & Allah pun senang berjumpa dengannya. Dan sesungguhnya orang kafir apabila telah diberi khabar dgn siksa Allah & marah-Nya, maka ia benci berjumpa dgn Allah & Allah pun benci berjumpa dengannya. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Menurut Imam Nawawi kesukaan dan kebencian yang diterima oleh Allah ini berlaku ketika saat hampir mati di kala pintu taubat sudah tertutup. Waktu itu akan diperlihatkan kepadanya ke arah mana akan ditujuinya.

Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang itu, ditanamkan di dalam  kesukaan kepada kebaikan dan dipermudahkan punca dan  laluannya ke arah itu, dan jika Allah menghendaki keburukan kepadanya ( kerana kebiasan buruk dan tidak jujurnya dalam hidup), dilorongkan laluannya kepada kejahatan “ Syeikh Abd Aziz El Thorifi

Jangan kamu beranggapan kebaikan yang kamu lakukan itu adalah datang drp dorongan kehendak kamu sendiri tetapi sebenarnya kamu hanyalah hamba dan Allah mengasihi kamu ( dan melorongkan kamu melakukan kebaikan). Maka janganlah cuai terhadap kasih Allah ini agar Allah tidak melupakan kamu – Ibnul Qayyim

Pengajaran

- Orang yang dicintai Allah ialah mereka yang diberikan peluang berbuat kebaikan sewaktu hayatnya khasnya ketika di penghujung usianya. Allah juga menanamkan dalam hatinya kecintaan dan kesukaan kepada perkara yang baik dan amal ketaatan serta membenci perkara keburukan dan maksiat

- Kecintaan dan kebencian( kpd kebaikan dan keburukan) yang sedia ada perlulah disyukuri, dipelihara dan diteruskan agar ianya berterusan hinggalah ke akhir hayat kita nanti. Jadikanlah ianya satu kebiasaan dan kelaziman

- Kemuliaan kita juga terletak kepada kesediaan kita untuk berkongsi nikmat dan rezki Allah bersama rakan dan manusia seluruhnya ( bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dan teraniaya.

- Tinggalkan kepada rakan dan keluarga sesuatu yang menggembirakan mereka dan menjadi manfaat berkekalan ( jariah) kepada diri kita

- Rancang dan usahakanlah kesudahan yang baik dengan istiqamah dalam kebaikan mulai sekarang dan kekalkannya setiap masa

- Selalulah memohon doa kesudahan yang baik dan ingati kematian ini dan manfaatkan usia terbaki dengan sesuatu yang diredhai Allah.

‎ اللّهُمَّ إخْتِمْ لنا بِحُسْـنِ الخاتِمَة ولا تَخْتِمْ علينا بِسُـوْءِ الخاتِمَةِ

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat