Sunday 11 June 2017

Kuliah Subuh 11 Jun 2017 16 Ramadan 1438 Ahad

*Kuliah Subuh*
*11 Jun 2017*
*16 Ramadan 1438 Ahad*
*Ustaz Haji Zainal Arifin Haji Sharbini*
*Surau An Najah TUJP*

Alhamdulillah, syukur Allah masih bagi peluang untuk kita lakukan ibadah pada hari ke 16 Ramadan ini

Malam 17 Ramadan malam ini sesetengah riwayat menyatakan sebagai malam nuzul Al Quran

"Semoga kita menjadi orang yang mahu mendengar (menghayati & mengamalkan) Al Quran"

Al Aziz = Yang Maha Mulia

Hablun minallah & hablun minnas = jaga hubungan dengan Allah & jaga hubungan dengan manusia

Orang berjiwa besar sedia menerima teguran = Nabi SAW juga terima teguran daripada Allah = abasa wa tawalla

80: 1
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
Ia memasamkan muka dan berpaling,
-Sura 'Abasa, Ayah 1

Semoga kita tidak "hilang" selepas Ramadan = hilang daripada surau2 & masjid

Sayyidina Umar RA juga pernah ditegur oleh seorang wanita

*Sambungan Kuliah Tafsir Surah Yusuf*

Meyakini semua kata2 / cerita2 dalam Al Quran adalah benar = semuanya daripada Allah SWT = kalamullah

Secara umumnya ada 2 watak; baik & buruk

"Ya Allah jadikan kami membaca Al Quran & mentadabbur Al Quran" = Allah akan bagi apa saja yang kita usahakan = kerja kita BUAT, yang bagi kefahaman adalah Allah = pemberian Allah ikut ilmu Allah

Al Ankabut 29: 69

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
-Sura Al-Ankabut, Ayah 69


*Yusuf 12 ayat 89-92*

قَالَ هَلْ عَلِمْتُمْ مَا فَعَلْتُمْ بِيُوسُفَ وَأَخِيهِ إِذْ أَنْتُمْ جَاهِلُونَ
Yusuf berkata: "Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan yang demikian)?"
-Sura Yusuf, Ayah 89


قَالُوا أَإِنَّكَ لَأَنْتَ يُوسُفُ ۖ قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَٰذَا أَخِي ۖ قَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا ۖ إِنَّهُ مَنْ يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
-Sura Yusuf, Ayah 90


*Kesabaran akan memberikan kita kelebihan*

Wahan = cinta dunia & takutkan mati


قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ آثَرَكَ اللَّهُ عَلَيْنَا وَإِنْ كُنَّا لَخَاطِئِينَ
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
-Sura Yusuf, Ayah 91


قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.
-Sura Yusuf, Ayah 92

*Tiada dendam & celaan*

وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ =
Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani / penyayang = kita juga disuruh agar mengasihani

*Man la Yarham, la Yurham = sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi*
= *مَن لَا يَرحَم، لَا يُرحَم*

Yusuf & Bunyamin disayangi oleh ayahnya Nabi Yaakub & adik beradiknya yang lain dengki = pengajarannya jangan dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan terutamanya kepada orang muslim yang lain

*Kepakaran setiap orang berbeza = manfaatkan ia sesuai dengan kehendak Islam walau apapun posisi, kedudukan & pekerjaan kita*

Tidak boleh iri hati melainkan pada 2 perkara; orang yang ada ilmu (Al Quran) & dia mengajarkannya & orang yang ada harta & dia belanjakan pada jalan Allah = iri hati maksudnya kita juga usaha, berlumba2 untuk dapat sepertimana sahabat kita dapat

Perbanyakkan doa kepada Allah SWT. Allah akan bagi kurniaanNya ikut ilmu Allah, bukan ikut permintaan / ilmu kita.

Allah akan bagi kepada kita apa yang kita pohonkan, sentiasa sangka baik dengan Allah SWT

Moga ada manfaatnya untuk kita sama2 amalkan insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat