Thursday 20 September 2018

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 127)* *20 September 2018 9.35pm*

*Kelas Bahasa Arab Al Quran* *(Minggu 127)*
*20 September 2018 9.35pm*
*Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi*
*Ustaz Aiman Shafie*
*Ustaz Dr Shafie Md Amin*

*********************
*Ustaz Aiman Shafie*
*9.35pm*

Sambungan
Al Baqarah 2: 72

وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا ۖ وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 72

*MUFRADAT AL QURAN*
وَ = dan

إِذْ = ingatlah (ketika)

1. قَتَلْتُمْ = telah membunuh kamu

2. نَفْسًا = satu jiwa
نَفْسًا
= ( kalimah muannas / ppuan walau tanpa ة)

فَ = lalu

3. ادَّارَأْتُمْ
= telah saling menuduh kamu

فِي = pada

هَا ۖ  = nya (jiwa)
= kalimah muannas
هِّ = kalimah muzakkar

وَ = sedangkan / padahal

اللَّهُ = Allah

4. مُخْرِجٌ =
1. yang mengeluarkan
2. akan mengeluarkan
3. tetap mengeluarkan ✅
= ismun

مَا = apa yang

 كُنْتُمْ = telah adalah kamu
telah = masa lalu
adalah = masa sekarang

5. تَكْتُمُونَ
= kamu semua sembunyikan
كتم = sembunyikan / rahsiakan / pendamkan / sorokkan

5 mufradat baru

*TADABBUR*

Al Baqarah 2:25
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 25


أَزْوَاجٌ =
pasangan-pasangan (bidadari):
1. sedia ada
2. dari dunia

 مُطَهَّرَةٌ ۖ  = (disucikan = (dari bumi
1. خَلْق = fizikal / luaran
2. خُلُق = rohani / akhlak / dalaman

طَاهِرَة = (yang suci = (sedia ada


Al Hijr: 47

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ
Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
-Sura Al-Hijr, Ayah 47


***************************
Ustaz Dr Shafie Md Amin*
*10.20 pm*
Buku "You Are The Best": Bab Keperluan

Al Fatir 35:15

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
-Sura Fatir, Ayah 15

الْغَنِيُّ = Yang Maha Kaya
= tidak perlu kepada sesiapa

فَقِرٌ = Fakir = miskin
= perlukan bantuan
= kita semua fakir kerana perlukan bantuan orang lain

Orang yang mengaku dirinya kaya mudah melampaui batas

Terus istiqamah belajar Bahasa Arab Al Quran agar kita dapat faham makna sebenar ayat Al Quran

minggu depan makna "kerana"

10.35pm ditangguhkan



No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat