Saturday 29 September 2018

Kuliah Subuh Sabtu 29 Sep 2018 Surau An Najah TUJP Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood


Kuliah Subuh
Sabtu 29 Sep 2018
Surau An Najah TUJP
Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood
Al Quran
Al Alaq
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
-Sura Al-Alaq, Ayah 1
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
-Sura Al-Alaq, Ayah 2
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
-Sura Al-Alaq, Ayah 3
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
-Sura Al-Alaq, Ayah 4
عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 5
اقْرَأْ = Bacalah
= orang dan umat yang maju banyak membaca
= umat terdahulu maju kerana banyak baca, faham & amalkan Al Quran
= Hafal Al Quran, kita dah ada lebih 40,000 patah perkataan
Tuntutan membaca = mencari & menuntut ilmu lebih besar daripada tuntutan peperiksaan
2 kitab besar; Al Quran = kalam Allah + hadis, & kitab alam semesta
الْأَكْرَمُ = Maha Pemurah
= Tuhan bagi kita nikmat tanpa tuntut bayaran & pulangan
= Tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah dengan lakukan ketaatan & tinggalkan kemaksiatan
"Ya Allah, kurniakan kepada kami ilmu"
Ilmu sahaja tidak lengkap tanpa iman. Ilmu dan iman perlu seiring
كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَىٰ
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
-Sura Al-Alaq, Ayah 6
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
-Sura Al-Alaq, Ayah 7
Tanpa iman, manusia mudah melampaui batas, kerana merasa dirinya serba cukup dengan apa yang dihajatinya = sombong apabila rasa diri cukup dan lebih
اسْتَغْنَىٰ = cukup
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الرُّجْعَىٰ
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
-Sura Al-Alaq, Ayah 8
= sesungguhnya kita akan mati & akan kembali kepada Allah
= apa yang telah kita buat untuk Allah?
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
-Sura Al-Alaq, Ayah 14
= segala perlaku kita dilihat Allah
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ ۩
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
-Sura Al-Alaq, Ayah 19
Natijah belajar = sujud & taat kepada Allah
Keyakinan akan datang dengan 4:
1. Akal = baca & fikir
2. Berita mutawattir = jelas = Al Quran & hadis
3. Pancaindera, contohnya mata melihat dengan jelas & yakin
4. Ilham = rahsia yang dicampakkan oleh Allah kepada orang yang beriman
Dunia kita perlu kepada yakin, akhirat juga kita perlu kepada yakin
"Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan dunia & akhirat hendaklah dengan ilmu"
Semoga kita sentiasa menuntut dan memiliki ilmu. Sama-sama kita manfaatkan setiap kuliah yang ada di surau kita; akidah, syariat & akhlak
"Berhati-hati dengan orang yang gigi baru nak tumbuh, tetapi keinginan besar" = contoh yang inginkan Al Quran & sunnah sahaja, tanpa ingin kepada penerangan daripada ulama = umpama kita ingin makan dari sumber = beras terus tanpa tahu memasak

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat