Saturday 22 September 2018

*Kuliah Magrib* *Sabtu 22 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Yuseri Ahmad* *40 Hadis Penawar Hati*

*Kuliah Magrib*
*Sabtu 22 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*40 Hadis Penawar Hati*

Syukur kepada Allah atas limpah kurnia & izin Allah kita dapat bertemu lagi pada malam ini

Moga kita sentiasa istiqamah lakukan amal saleh sebagai bekalan bertemu Allah SWT

Hadis 41 & 42. Hadis tambahan kepada 40 Hadis Penawar Hati

*Hadis 41 Pintu Taubat Masih Terbuka*

1. "Bahawasanya Allah menerima taubat seseorang hamba selama mana rohnya belum sampai ke halkum"
HR Tirmizi

At Tawwab = Yang Maha Menerima Taubat / Memberi Keampunan

Allah bagi peluang taubat kepada kita lama

Kita hidup-mati-hidup-mati = jaga-tidur-jaga-tidur sehingga tiba kepada kematian yang sebenar, ada yang minta kepada Allah untuk dihidupkan kembali untuk berbuat amal

Selagi mana kita masih bernafas, maka lakukan sebanyak amal & mohon ampun kepada Allah selalu

Moga kita dikurniakan husnul khatimah = mati / penghujung kehidupan yang baik

2. "Allah memberikan rahmatNya pada waktu malam agar manusia yang berbuat dosa pada waktu siang bertaubat padaNya & Allah memberikan rahmatNya pada waktu siang agar manusia yang berbuat dosa pada waktu malam bertaubat padaNya"

= setiap masa Allah bersedia untuk menerima taubat hambaNya

Siang / malam ada manusia berbuat dosa

Manusia sentiasa melakukan dosa. Sebaik orang yang berbuat dosa adalah yang melakukan taubat

Allah, tuhan Yang Maha Baik, sentiasa mahu terima taubat, sentiasa bagi peluang kepada kita untuk kembali kepadaNya, selagi nyawa belum sampai ke halkum = mati / selagi matahari belum terbit dari Barat = tanda besar berlakunya kiamat

"Tanda kiamat yang pertama keluar adalah terbitnya matahari dari Barat & keluarnya binatang besar pada waktu duha"

10 tanda hampirnya kiamat:
"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan berlaku sehingga kamu melihat 10 tanda:
1. Keluar asap
2. Keluar Dajjal
3. Keluar binatang yang besar
4. Terbit matahari dari Barat
5. Turunnya Nabi Isa ibni Maryam
6. Keluarnya yakjut dan makjut
7. Berlakunya 3 gerhana; di timur,
8. di barat, dan
9. di semanjung arab
10. Ada api yang keluar daripada Yaman yang akan menghalau manusia ke satu perhimpunan" = di Adnin, Yaman

= yang mana berlaku dahulu tidak dinyatakan / tidak diketahui

Dajjal sentiasa terbalik daripada realiti sebenar = janjikan syurga, padahal neraka, bagi air sebenarnya api

Kenapa taubat tidak diterima lagi setelah matahari terbit dari Barat?
= kerana kiamat sudah jelas & tiada keraguan lagi akan berlaku
= nyawa sudah sampai ke halkum = sudah jelas kematian

Hanya di sisi Allah pengetahuan tentang hari kiamat, kita disuruh sentiasa buat persiapan

Seorang arab Badwi bertanya kepada Rasulullah, bilakah akan berlakunya kiamat?

Tanya Nabi, apa persiapan / amalan kamu?

Aku sangat mencintai Allah dan Rasulullah SAW = kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di hari kiamat

= cinta kepada Rasulullah = cinta yang sangat besar = tunjukkan tanda kecintaan kepada Nabi SAW

Jadikan kami orang yang mencintai Nabi SAW & rasa kasih sayang kepada semua makhluk Allah

Buang segala sifat yang tidak baik & gantikan dengan sifat baik

= antara sifat ahli syurga adalah lemah lembut dan baik

= antara sifat ahli neraka adalah kasar, bengis

Kesimpulan:
1. Sentiasa bertaubat kepada Allah = banyakkan taubat & istigfar
2. Cintai Nabi dan para alim ulamak = banyakkan selawat, amalkan sunnah Nabi, buat kebaikan, ajak manusia kepada amal makruf & cegah manusia daripada kemungkaran
3. Cintai dan sentiasa tuntut ilmu
4. Semoga kita diberikan husnul khatimah

******

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

*******
Sambungan akan datang Hadis ke 42

Selepas khatam kitab "40 Hadis Penawar Hati", kemungkinan besar akan baca kita "40 Hadis Akhlak Terpuji". Jika ada yang nak tempah kitab, harap maklumkan

Lukeman Yusoff
013-2299319
Surau An Najah TUJP
22 September 2018 9.07pm

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat