Wednesday 12 September 2018

*Kuliah Magrib* *Rabu 12 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Saiful Syahrul*

*Kuliah Magrib*
*Rabu 12 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Saiful Syahrul*
*Tajuk: Penawar Bagi Hati*
ms 58 Kitab Kedua: Qalbu

10 kelakuan yang tercela = punca / utama:

1. Loba kepada makanan = Banyak makan

2. Loba dalam berkata-kata = Banyak cakap perkara yang sia-sia

3. Marah = banyak marah = cepat marah, lambat reda = marah tanpa sebab

4. Dengki = dengki pada orang yang dapat kelebihan & mahu kelebihan itu hilang daripadanya. 2 yang dibolehkan iaitu orang yang berilmu & orang yang pemurah = dengki agar kira nak lebih daripadanya, tanpa hilangkan apa yang dia ada

5. Kikir = kedekut dan kasih kepada harta = mengumpulkan harta, tanpa keluarkan hak; zakat, sedekah, hadiah

Akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan =

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu)?"
-Sura Aal-E-Imran, Ayah 180

6. Bermegah-megah = kasih kepada kemegahan = Suka bersangatan apabila dipuji & marah bersangatan apabila dikeji

7. Kasihkan dunia
"Akan tiba suatu hari, musuh akan kerumuni kamu sepertimana orang mengerumuni hidangan, bukan kerana bilangan kamu sedikit, tetapi umpama buih dilautan. Ini kerana kamu dihinggapi penyakit alwahan = cintakan dunia & takutkan mati" = tidak lakukan persiapan untuk hadapi kematian

8. Membesarkan diri = takabbur = rasa diri lebih daripada orang lain = umpama syaitan yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS kerana rasa dirinya lebih mulia kerana diperbuat daripada api, berbanding Nabi Adam yang diperbuat daripada tanah

9. Ujub = rasa takjub & hairan dengan kelebihan diri sendiri berbanding orang lain

10. Riak = menunjuk-nunjuk akan kelebihan diri

Bersungguh-sungguh bersihkan hati daripada 10 sifat tercela ini, akan dapat kemenangan dunia & akhirat =

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
-Sura Ash-Shams, Ayah 9

"Bersuci itu separuh daripada iman" = menyucikan hati daripada sifat yang dicela oleh Allah SWT = sifat mazmumah & hiasi hati dengan sifat terpuji = mahmudah = menyucikan daripada sifat mazmumah itu separuh iman & mengisikan hati dengan sifat mahmudah itu separuh lagi iman = kesempurnaan iman

Sambungan ms 61

Kelas minggu depan 19 September mungkin ditangguhkan, jumpa lagi pada 26 September insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat