Tuesday 11 September 2018

*Kuliah Subuh* *Ahad 11 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Haji Zainal Arifin*

*Kuliah Subuh*
*Ahad 11 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Haji Zainal Arifin*
*Kisah Pengajaran Dalam Al Quran*

Syukur pada Allah dengan sebenar-benar syukur & sebenar-benar kenal Allah = alhamdulillah

Muqaddimah: Hijrah

Hijrah = perubahan:
1. Perubahan yang Allah lakukan = mutlak milik Allah, kita tidak mampu campur tangan contohnya perubahan rama-rama dari kepompong
2. Perubahan diri kita = kita mampu lakukan =

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۙ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana *sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.* Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
-Sura Al-Anfal, Ayah 53

Perubahan besar adalah perubahan akidah, perubahan kepercayaan dan aktiviti kehidupan kepada yang lebih baik

Sambungan: *Tuduhan Firaun Kepada Nabi Musa Gunakan Sihir dan Inginkan Kerajaan*

Yunus: 75-78

ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ مُوسَىٰ وَهَارُونَ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ بِآيَاتِنَا فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ
Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.
-Sura Yunus, Ayah 75

فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِنْدِنَا قَالُوا إِنَّ هَٰذَا لَسِحْرٌ مُبِينٌ
Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata"
-Sura Yunus, Ayah 76

قَالَ مُوسَىٰ أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ ۖ أَسِحْرٌ هَٰذَا وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ
(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya".
-Sura Yunus, Ayah 77

قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ فِي الْأَرْضِ وَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ
Mereka pula berkata: "Adakah engkau datang (wahai Musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya, dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua".
-Sura Yunus, Ayah 78

Beberapa point penting; Nabi Musa dituduh:
1. Tukang sihir
2. Ingin kuasai tahta Mesir

Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia; harta kekayaan, syaitan, pangkat kuasa, pengikut, ilmu (kerana inginkan gelaran/penghormatan & sukakan perbebatan) =

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka *janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan* yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
-Sura Luqman, Ayah 33

"Ya Allah, jangan jadikan dunia ini cita-cita kami" = dunia tempat menanam benih bagi hasil kehidupan akhirat

Setiap kita adalah penjaga / ketua / imam = suami, imam kepada isteri & anak-anak

Akidah, mesti ada 3 ciri:
1. Putus / tuntas / jelas
2. Tiada keraguan / syak / wasangka
3. Ada dalil

*Tuduhan kedua: Nabi Musa Ingin Kuasai Tahta*

As Syuara : 32 35

فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُبِينٌ
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 32

وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِينَ
Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 33

قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ
Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 34

يُرِيدُ أَنْ يُخْرِجَكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ بِسِحْرِهِ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ
*"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya,* maka apa yang kamu syorkan?"
-Sura Ash-Shu'ara, Ayah 35

mencampakkan tongkatnya = arahan Allah, campakkan tongkatmu = *kita juga perlu sama; taat perintah Allah tanpa soal = seruan solat & kejayaan = terus datang ke surau / masjid untuk menunaikan solat berjamaah*

Patuh pada Allah, ingat pada Allah, hati akan tenang =
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". *Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.*
-Sura Ar-Ra'd, Ayah 28

maka apa yang kamu syorkan? = Firaun yang mengaku tuhan, minta pandangan rakyat/hambanya = Allah boleh jatuh / naikkan darjat sesiapa sahaja

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana *Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu.* Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-An'am, Ayah 165

*Kesimpulan*

1. Kita semua lemah, ingat Allah. Semua yang kita ada adalah kurniaan dan amanah Allah. Kongsikan / sebarkan kepada orang lain = "pelihara & jaga Allah, Allah akan pelihara & jaga kita"

2. Jangan terpedaya dengan kehidupan dunia; kekayaan / banyaknya harta & ramainya pengikut, kerana ianya pinjaman & amanah Allah & bila-bila sahaja boleh ditarik & diambil semula

3. Kita tiada kekuatan. Semuanya dari kuasa & kekuatan Allah. Sama-sama kita manfaatkan masa muda, masa lapang, tahun baru, masa sihat & kehidupan ini untuk mencari sebanyak-banyak bekal untuk kehidupan akhirat kita yang kekal abadi

7.22am ditangguhkan


No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat