Wednesday 5 September 2018

*Kuliah Magrib* *Rabu 5 September 2018* *Surau An Najah TUJP* *Ustaz Saiful Syahrul*

*Kuliah Magrib*
*Rabu 5 September 2018*
*Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Saiful Syahrul*
*Tajuk: Penawar Bagi Hati*
ms 53 Kitab Kedua: Qalbu

Kitab yang kedua: Kalbu = Jantung
Ada 10 bab

"Di dalam diri ada seketul daging, jika baik daging itu maka baik keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruk keseluruhannya, itulah qalbu = jantung"

Qalbu:

1. Jasmani = jantung = di dalam dada sebelah kiri = daging tertentu yang ada lubang (keluar & masuk), di dalam lubang ada darah

2. Rohani = hakikat diri manusia, perasaan = hati

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
-Sura Al-Isra', Ayah 85

Qalbu = roh = nafas

Jaga qalbu daripada sifat buruk seperti takbur dan riak

تُرْجِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُنَّ وَتُؤْوِي إِلَيْكَ مَنْ تَشَاءُ ۖ وَمَنِ ابْتَغَيْتَ مِمَّنْ عَزَلْتَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكَ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ تَقَرَّ أَعْيُنُهُنَّ وَلَا يَحْزَنَّ وَيَرْضَيْنَ بِمَا آتَيْتَهُنَّ كُلُّهُنَّ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَلِيمًا
Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
-Sura Al-Ahzab, Ayah 51

*Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu*

"Allah tidak lihat pada rupa paras dan fizikal, tetapi lihat kepada qalbu (hati)"

Jantung / hati adalah raja bagi segala anggota badan

"Di dalam tubuh ada seketul daging, apabila baik maka baik keseluruhannya, apabila binasa maka binasa keseluruhannya, itulah jantung (hati)"

Jantung (hati) itu tempat ilham daripada malaikat dan syaitan, tempat berperang akal dan nafsu

Sama-sama kita bersihkan hati kita agar jadi baik dan bersih jasmani dan rohani, dan dihiasi dengan sifat terpuji insyaAllah









No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat