Sunday 30 September 2018

*Kuliah Subuh* *Surau An Najah TUJP* *Ahad 30 Sep 2018* *Ustaz Yuseri Ahmad* *Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya (Kuliah 1)*

*Kuliah Subuh*
*Surau An Najah TUJP*
*Ahad 30 Sep 2018*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya (Kuliah 1)*

Alhamdulillah atas nikmat umur. Moga nikmat umur dapat dimanfaatkan untuk mencari sebanyak bekalan untuk bertemu Allah SWT

Kuliah pertama "Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya" hingga ke "pencen kubur" = tamat & khatam ataupun kita meninggal dahulu

Al Quran = huda lilmuttaqin = petunjuk bagi orang bertaqwa

Ustaz baca, jemaah ikut & kemudian baca terjemahannya.

Bukan kuliah tafsir, kerana kuliah tafsir lebih panjang

Ustaz guna Tafsir "Pimpinan Al Rahman"

Al Fatihah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 1

= setiap amal dimulai dengan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
بِسْمِ = ب + إسم = dengan nama
Kita lakukan sesuatu kerana Allah, bukan kerana selainnya, moga dapat keberkatanNya

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 2

= Puji-pujian Allah kepada dirinya sendiri = Kemuliaan & kebesaran Allah selayaknya dipuji = Allah ajar kita hambaNya untuk memujiNya

رَبِّ = Tuhan Sekelian Alam
= Yang mencipta, memerintah, mentadbir, menjaga
إلة = Tuhan Yang Disembah

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 3

= 2 perkataan daripada huruf yang sama
رحم

الرَّحْمَٰنِ = Pemurah
= kepada semua makhluk, seperti matahari, air, udara

الرَّحِيمِ = Pengasih
= kepada orang beriman, orang saleh = bertaqwa & berbuat taat

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
-Sura Al-Fatihah, Ayah 4

الدِّينِ = agama
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
= Raja yang memiliki hari agama
Hari agama = hari pembalasan = hari akhirat

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 5

Tidak sama dengan
نَعْبُدُك = kami menyembahMu
= mungkin masih ada sembahan lain

إِيَّاكَ نَعْبُدُ
= hanya Engkau yang kami sembah
= tiada sembahan lain selain Allah

وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
=  dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan
= tiada tempat lain kita minta pertolongan
= tauhid
= pertolongan hakiki hanya dengan Allah, boleh dengan perantara / asbab mahkluk

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 6

= kita diajar berdoa kepada Allah
= tolong tunjuki kami jalan yang lurus
= kekal berada di jalan yang lurus adalah pilihan & hidayah Allah
Jalan yang lurus = ajaran & amalan Islam yang sebenar

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
-Sura Al-Fatihah, Ayah 7

هِمْ = him
هُمْ = hum
= bukan hom

orang-orang yang Engkau telah murkai = Yahudi

orang-orang yang sesat = Nasrani / Kristian

Dimurkai & sesat punca utamanya adalah kerana tidak akui & tidak terima Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman

Amiin = perkenaankan bacaan kami
= sunnah dikuatkan bacaan "amiin" = sebagai tanda penuh pengharapan agar Allah terima permohonan kita "untuk sentiasa berada di jalan yang lurus"

Aa = 2 harakat
miiiin = 4-6 harakat

Sekurang-kurangnya 17 kali kita minta Allah sentiasa kekalkan kita dijalan yang lurus

Al Fatihah, antara lama lain
= As sam ul masani = 7 ayat yang diulang-ulang = 7 jenis bacaan lahjah Arab, ketika Al Quran itu diturunkan

Al Fatihah = pembuka
Mukjizatnya = kita tidak pernah jemu dan bosan membacanya

Tidak sama dengan lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu, sampai satu masa kita akan jemu

Membuktikan mukjizat Allah, yang kita tidak pernah jemu membacanya

InsyaAllah kita akan sambung dengan surah Al Baqarah untuk kuliah akan datang

2 kali kuliah "Talaqqi Al Quran dan Terjemahannya" & 2 kali kuliah "Hadis 40" dalam sebulan insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Komen Sahabat